KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lima negeri hingga 6 petang pada Rabu.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar).
Amaran itu turut membabitkan Selangor (Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Di Sabah, kawasan terlibat ialah pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid). - Bernama
Iklan
Iklan