Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dibedah siasat pada hari lahir

Iklan
Proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh bersama empat ahli keluarga di Taman Cerating Damai, dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh dalam kejadian lima sekeluarga maut di Taman Cerating Damai, di sini dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.

Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah ke atas mangsa bersama jenazah kakaknya, Saffiyah Humairah, 5 dan nenek mereka, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56

dijangka selesai selepas jam 1 tengah hari.

Iklan

Menurutnya, mayat bapa kanak-kanak terbabit dibedah siasat jam 4 petang semalam manakala ibu mereka, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dibedah siasat jam 8.30 malam hari yang sama.

Semua jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating, di sini.

Iklan

Sementara itu, mengulas lanjut kejadian tragis itu, Ashari berkata, keterangan awal saksi kejadian iaitu adik bongsu suspek, dia terdengar bunyi bising orang bertengkar kira-kira jam 7 pagi.

"Remaja lelaki berusia 15 tahun itu keluar dari biliknya dan mendapati dinding bilik tidur utama yang didiami saspek dan keluarga terdapat kesan percikan darah.

"Saksi itu juga mendapati ibunya terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menjerit meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama," katanya.

Ashari berkata, setelah tiba di rumah itu, bapa saudaranya mendapati kesemua mangsa dan saspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati saspek menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum menikam diri sendiri.

"Sebilah pisau berukuran 29 sentimeter turut ditemui di lokasi," katanya.