Bukan sombong, Arteta perjelas punca enggan layan peminat

Iklan
Kejadian yang tular di media sosial selepas Arteta enggan melayan peminat yang mahu menandatangani jersi Arsenal.

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui berasa kurang selesa selepas insiden beliau didesak oleh seorang penyokong untuk memberikan tandatangan ketika sedang memandu pulang bersama isterinya, baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku sejurus selepas kemenangan besar 4-0 The Gunners menentang Wigan Athletic dalam aksi pusingan keempat Piala FA, Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Beberapa jam selepas perlawanan itu, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang peminat merayu Arteta menandatangani jersi Arsenal ketika kenderaannya sedang berhenti, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Arteta yang ketika itu berada di dalam kereta bersama keluarganya difahamkan hanya mematuhi protokol keselamatan kelab dengan enggan melayan permintaan tersebut.

Iklan

Bercakap mengenai insiden itu dalam sidang akhbar pada Selasa, Arteta menjelaskan bahawa tindakannya itu bukan bermaksud beliau sombong, sebaliknya terikat dengan faktor keselamatan.

"Saya sentiasa cuba untuk menghormati semua pihak. Saya suka memberikan tandatangan dan bergambar sebanyak mungkin. Saya rasa itu sebahagian daripada tugas kami.

Iklan

"Namun, ada perkara berkaitan keselamatan yang perlu kita patuhi. Terutamanya apabila ada individu tertentu melakukannya bukan atas sebab yang betul (tujuan peribadi atau keuntungan)," jelas pengendali kelahiran Sepanyol itu.