Bedah siasat tiga lagi mangsa kes bunuh dilaksanakan hari ini

Iklan
Suasana bilik mayat HTAA yang masih lenggang semasa tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 10 pagi Rabu.

KUANTAN – Proses bedah siasat tiga daripada lima sekeluarga yang ditemui mati, disyaki dibunuh awal pagi Selasa, diteruskan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, setakat ini dua mangsa terdiri daripada jenazah suspek dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, telah selesai menjalani proses itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, proses bedah siasat ke atas tiga lagi jenazah mangsa terdiri daripada ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, serta dua anak perempuan, Saffiyah Humairah, 5, dan Sumayah Humairah, 2, dijalankan hari ini.

“Proses bedah siasat dijangka selesai kira-kira jam 12 atau 1 tengah hari,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 10 pagi mendapati suasana masih tenang dan belum ada waris menunggu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam kejadian menyayat hati, disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, di sini.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun (suspek), isterinya, ibu serta dua anak perempuan masing-masing berusia dua dan lima tahun.

Suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri.