Bekas pemain Liverpool ditahan polis sebaik tiba di UK

Iklan
JORDON IBE

BEKAS pemain sayap Liverpool, Jordon Ibe ditahan pihak berkuasa sebaik sahaja melangkah keluar dari pesawat di United Kingdom (UK), baru-baru ini atas dakwaan menyerang dan mendatangkan kecederaan.

Pemain berusia 30 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Luton pada 30 Januari lalu sekembalinya dari Bulgaria, negara di mana dia kini beraksi bersama kelab Lokomotiv Sofia.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media antarabangsa, jurucakap Polis Metropolitan mengesahkan penahanan tersebut yang dikaitkan dengan satu insiden pada akhir tahun lalu.

"Jordon Ibe telah didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan fizikal.

Iklan

"Pertuduhan itu berkaitan dengan satu insiden serangan yang didakwa berlaku pada Ahad, 14 Disember 2025. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Luton pada Jumaat, 30 Januari dan dibawa ke dalam tahanan," kata jurucakap tersebut.

Bekas pemain antarabangsa England Bawah 21 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dijadualkan hadir ke Mahkamah Majistret Croydon pada 6 Mac depan bagi prosiding lanjut.

Iklan

Ibe sebelum ini meninggalkan kelab divisyen kelapan England, Sittingbourne FC untuk menyertai pasukan liga utama Bulgaria, Lokomotiv Sofia pada November lalu.

Nama pemain sayap itu mula melonjak ketika menyarung jersi Liverpool di antara tahun 2012 hingga 2016, sebelum berhijrah ke Bournemouth.

Lokomotiv Sofia merupakan kelab ke-11 dalam karier Ibe, selepas dia sempat beraksi dalam liga bukan profesional dan liga Turki bersama Adanaspor demi menyelamatkan kerjayanya.

Ibe, yang pernah membuat 58 penampilan dan menjaringkan empat gol untuk The Reds menandatangani kontrak dua tahun bersama Lokomotiv Sofia pada Disember lalu.