Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri

Iklan
Antara kawasan yang terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak, manakala di Kelantan hanya membabitkan Gua Musang. Foto hiasan

SHAH ALAM - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri di Semenanjung Malaysia sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara kawasan yang terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak, manakala di Kelantan hanya membabitkan Gua Musang.

Iklan
Iklan

Selain itu, kata jabatan tersebut, di Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala di Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)

"Di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat).

Iklan

"Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

"Jangkaan turut melibatkan seluruh Melaka manakala di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Kemaskini laporan kaji cuaca semasa itu dikeluarkan pada jam 9 pagi tadi.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.