'Abah, macam mana Isyraf nak pi masjid nanti'
Iklan
Sahabat selamanya...
Shahril (kiri) bersama penulis dan anaknya, Muhammad Iman Isyraf ketika menonton perlawanan bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 24 November 2024 lalu.
"ABAH, siapa nak bawa Isyraf ke masjid selepas ini, macam mana Isyraf nak pi solat Jumaat nanti. Abah dah tak ada."
Itulah suara sayu anak kepada arwah sahabat saya, Shahril Izzani Mahmood yang dijemput ILLAHI pada 28 Januari lalu.