SHAH ALAM – Dua wanita yang terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Seksyen 7 di sini dikenal pasti sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut sumber, mangsa ialah Dr Nur Shahidah Ab Aziz, 39, dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam.
Iklan
Iklan
“Berdasarkan maklumat, kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan dua wanita cedera apabila kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander dinaiki mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah pangsapuri.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan Nur Shahidah mengalami luka di di bahagian kepala dan muka manakala Shareena cedera di bahagian pinggang.