MPV dinaiki dua wanita dihempap pokok tumbang

Iklan
Sebuah kenderaan dihempap pokok tumbang Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.

SHAH ALAM - Dua wanita cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7 di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 12.11 tengah hari

Iklan
Iklan

"Seramai 12 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh empat kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pihak bomba di lokasi lima minit kemudian, komander operasi melaporkan dua mangsa wanita tersepit di dalam kenderaan Mitsubishi Xpander.

Iklan

"Kerja-kerja menyelamat giat dijalankan bagi mengeluarkan mereka.

"Mangsa dikenali sebagai Nur Shahidah Abdul Aziz, 39, mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala, manakala Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, cedera di bahagian pinggang," ujarnya.

Iklan