PASIR MAS - Pembuat kuih tradisional Wee Ah Liong, 80, (dua dari kanan) bersama isteri Ko Mek Gan, 76, (dua dari kiri) dibantu ahli keluarga mengangkat kuih Kiam Koay atau dialek Kelantan dipanggil Kia Koi yang telah masak ketika ditemui di Kampung Pasir Parit, Chekok baru-baru ini.
Setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina, Ah Liong tidak menang tangan menerima tempahan kuih tradisional berkenaan.