Ruang hijau keperluan asas untuk kesihatan mental
Iklan
Berjalan di taman, berbasikal di laluan yang redup atau sekadar berada di ruang hijau melibatkan deria kita dengan cara yang tidak dapat ditandingi oleh skrin telefon bimbit atau komputer riba. Foto hiasan.
DI seluruh Malaysia, ruang awam yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan bermasyarakat — tempat bermain, berehat dan berinteraksi — semakin menghilang akibat pembangunan pesat yang jarang mengambil kira kesejahteraan mental penduduk.
Seperti yang pernah diperhatikan oleh pereka bandar Jan Gehl, “Kita membentuk bandar kita — dan kemudian bandar itulah yang membentuk kita.”