Fail Epstein: Berpada-padalah kita
Iklan
Antara fail Epstein yang didedahkan kepada orang awam baru-baru ini.
DUA tiga menjak ini, dunia heboh dengan berita kezaliman Epstein apabila lebih 3.5 juta fail bukti didedahkan kepada orang awam. Kezaliman Epstein tak mampu dibayangkan sesiapapun. Daripada pemerdagangan wanita bawah umur untuk dijadikan hamba seks sampailah menjamu daging bayi, katanya sebahagian daripada ritual memuja syaitan.
Lebih hangat, Epstein dikaitkan pula dengan nama figura-figura besar dunia dari kalangan pemimpin termasuk Donald Trump, kerabat raja seperti adik Raja Charles III, sampailah kepada taikun teknologi seperti Bill Gates dan Elon Musk. Golongan sarjana pun tak terlepas, termasuklah pengkritik hebat dasar luar Amerika Syarikat (AS), Noah Chomsky.