Tuah anak baru lahir, guru sambar RM10,000

Iklan
Yusuf (kanan) bersama pemenang pertandingan JJPT Pantai Senok.

KOTA BHARU – Tuah anak yang baru dilahirkan menyebelahi seorang guru dari Kuantan, Pahang apabila muncul juara pertandingan Jelajah Joran Pantai Timur (JJPT) di Pantai Senok di sini pada Sabtu.

Akmal Ibrahim, 28, menewaskan lebih 300 peserta lain selepas berjaya menaikkan ikan pari seberat 1.242 kilogram (kg) tepat pada jam 10.27 pagi.

Iklan
Iklan

Dengan kemenangan itu, anak jati Tok Bali, Kelantan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Presiden Kelab Pemancing Pantai Barat (WCS), Yusuf Harun.

Tempat kedua dan ketiga disandang Mohd Faiz Rozi yang menaikkan ikan gerut seberat 1.042kg dan ikan kuku seberat 0.725kg

Iklan

Dia membawa pulang RM2,000 bagi hadiah naib juara dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Akmal berkata, penyertaannya dalam pertandingan tersebut sememangnya menyasarkan kejuaraan selain sebagai persediaan kewangan menjelang Ramadan.

Iklan

Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan memancing JJPT di Pantai.

“Hajat saya datang ke sini memang untuk mengejar juara. Alhamdulillah, kemenangan ini amat bermakna, lebih-lebih lagi sebagai rezeki buat anak yang baru dilahirkan beberapa minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, udang digunakan sebagai umpan untuk menjerat ikan pari berkenaan.

Sementara itu, Yusuf berkata penganjuran JJPT sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 berjaya mencapai sasaran apabila mendapat penyertaan pemancing dari pelbagai negeri.

“Selain peserta dari Kelantan, pertandingan ini turut disertai pemancing dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu, Pahang dan Selangor.

“Insya-ALLAH, siri kedua JJPT akan diadakan selepas Aidilfitri di Pantai Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu,” katanya.