Ronald Kiandee sertai GRS hanya spekulasi - Armizan

Iklan
Armizan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Burger King Benoni Drive-Thru pada Ahad.

PAPAR - Khabar angin yang mengatakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya spekulasi, kata Timbalan Setiausaha GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat di peringkat gabungan berhubung perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya melihat perkara itu sebagai satu spekulasi dan mungkin hanya andaian kerana masih terlalu awal.

"Sebagai seorang ahli politik senior, saya tidak fikir Datuk Seri Ronald akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdeka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Burger King Benoni Drive-Thru di sini pada Ahad

Iklan

Bagaimanapun, Armizan menegaskan bahawa beliau tidak bercakap mewakili parti-parti komponen GRS walaupun menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung.

"Perkara ini tidak pernah dibincangkan, apatah lagi mewakili mana-mana parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Liberal Demokratik (LDP) mahupun Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)," katanya.

Iklan

Hantaran sebuah portal yang mendakwa Ronald bakal menyertai GRS.

Beliau berkata, sebarang penyertaan ke dalam GRS perlu berlandaskan kepada prinsip perjuangan gabungan itu.

"Bagi saya secara peribadi, mana-mana pihak yang ingin menyertai GRS atau parti komponen tempatan perlu kembali kepada empat teras perjuangan GRS iaitu Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.

"Kita perlu terbuka dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menyertai parti tempatan serta berpegang kepada empat teras perjuangan ini. Apabila semua berada dalam landasan parti politik lokal, suara kita akan menjadi lebih kuat dan kita akan lebih kukuh apabila bersatu," ujarnya.

Sebelum ini, tular satu hantaran dari sebuah portal menyatakan Ronald yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah bakal menyertai GRS.