Hamzah tersingkir, Muhyiddin?
Iklan
Hamzah (kanan) dikatakan gagal dalam usaha menjatuhkan Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung Bersatu 2024.
KEPUTUSAN Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin bukanlah sesuatu yang terlalu mengejutkan kerana rentetan kemelut kepimpinan dalam parti tersebut telah berlarutan lebih setahun.
Krisis dalam Bersatu mungkin bermula seawal Disember 2022 apabila Pas tidak berminat mengisi jawatan Ketua Pembangkang, lalu Hamzah yang ketika itu Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dilantik.