'Hari ini saya penentang nombor satu Presiden' - Hamzah

Iklan
Hamzah Zainudin. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - “Dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) saya bangun katakan saya orang nombor satu penyokong kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), hari ini saya nak beritahu, sayalah penentang nombor satu kepada Presiden.”

Demikian ucapan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Taklimat Halatuju dan Reset Politik di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Hamzah turut mendakwa tindakan pemecatan ke atas dirinya daripada parti disebabkan oleh perkara yang beliau tidak ketahui.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam PAT. Saya ingin memaklumkan kepada semua, saya tidak tahu kenapa saya dipecat.

Iklan

“Hari ini saya dipecat kerana tidak mengawal perkara yang saya tidak tahu… Hantu apa yang ada dalam parti ini?” soal beliau.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat rayuan untuk kepada kepada Bersatu.

Iklan

“Saya minta maaf kepada sahabat kerana tidak akan kembali kepada parti, saya tidak akan buat rayuan setelah apa yang dilakukan kepada saya,” jelasnya.

MENYUSUL