Pas bukan ‘kem’ Hamzah, bukan ‘kem’ Muhyiddin - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas menegaskan parti itu tidak berpihak kepada mana-mana ‘kem’ susulan kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tanggapan bahawa Pas berada dalam ‘kem Hamzah’ atau mana-mana pihak adalah tidak tepat.

Iklan
Iklan

“Tak semestinya begitu, semua pihak boleh berkunjung ke Rusila, bukan Bersatu sahaja.

“Parti-parti lain pun boleh, Rusila ini satu institusi yang boleh dikunjungi sesiapa sahaja dari dalam dan luar negara, Pas tidak ada kem siapa-siapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Klinik Hayat 24 Jam Cherang di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, sebagai sebuah parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), Pas tidak pernah mencampuri urusan dalaman parti lain termasuk Bersatu yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Pas tidak pernah cuba campur tangan dalam hal dalaman mana-mana parti, termasuk parti gabungan dalam PN.

Iklan

“Kami uruskan parti kami dan jika ada perkara di peringkat gabungan, kita bincang bersama,” katanya.

Pada Jumaat, Bersatu mengumumkan pemecatan 17 pemimpin termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.