Pekarangan rumah Muhyiddin jadi tumpuan

Iklan
Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu seawal jam 9 pagi.

KUALA LUMPUR - Pekarangan kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan hari ini berikutan parti itu mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti.

Notis mesyuarat dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu seawal jam 9 pagi.

Setakat ini, belum ada kelibat mana-mana pemimpin Bersatu terakam kamera, namun pengamal media percaya ada antaranya sudah memasuki premis Muhyiddin lebih awal.

Iklan

Terbaharu pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pemakluman itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sehinggakan ramai mendakwa Bersatu semakin goyah.

Iklan