Ringgit: Adakah rakyat benar-benar merasa?
Iklan
Pasaran saham mencapai prestasi memberangsangkan dan nilai ringgit mengukuh dengan ketara.
SEJAK kebelakangan ini, kemasukan pelaburan asing ke Malaysia meningkat berbanding tahun sebelum ini. Pasaran saham mencapai prestasi memberangsangkan dan nilai ringgit mengukuh dengan ketara.
Kelihatan beberapa pemimpin politik kerajaan menyifatkan perkembangan ini sebagai bukti kejayaan dasar ekonomi kerajaan. Namun persoalannya sama ada angka makroekonomi kelihatan positif ini benar-benar diterjemahkan kepada kehidupan lebih senang untuk rakyat biasa.