Bersatu adakan mesyuarat khas MPT esok

Iklan
Bersatu dijadual mengadakan Mesyuarat Khas MPT di kediaman Muhyiddin Yasin bagi membincangkan hala tuju parti susulan pemecatan 17 ahli termasuk Hamzah Zainudin.

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada Sabtu bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti.

Notis mesyuarat yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu menyebut mesyuarat tersebut akan berlangsung pada jam 10 pagi di kediaman Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Iklan
Iklan

“Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli MPT untuk menghadiri mesyuarat dan menyumbang idea serta cadangan konstruktif demi masa depan Bersatu.

“Kerjasama dan perhatian saudara dan saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” menurut notis berkenaan.

Iklan

Difahamkan, antara agenda utama adalah untuk Muhyiddin memberikan penerangan berhubung perkembangan politik parti ketika Bersatu berdepan perhatian yang semakin memuncak.

Terbaharu pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Iklan