'Kami akan terus bersuara' - Nik Nazmi sokong Azam Baki digantung tugas

Iklan
Nik Nazmi

SHAH ALAM - Kerajaan yang lahir atas semangat reformasi tidak boleh sama sekali memperlekehkan atau memandang ringan desakan rakyat.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, susulan itu beliau menyokong sepenuhnya jika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digantung tugas dan siasatan bebas serta telus disegerakan.

Iklan
Iklan

"Isu ini telah kita perjuangkan sejak Januari 2022. Mengapa prinsip dan sifat tegas yang sama tidak dizahirkan kali ini?

"Kami akan terus bersuara, tanpa gentar dan kompromi kerana itulah amanah yang dipikul sebagai wakil rakyat dalam memastikan integriti institusi dipertahankan serta keadilan ditegakkan demi negara," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil menggesa supaya Azam digantung tugas serta-merta.

Tindakan itu bagi membolehkan satu siasatan bebas dan telus dimulakan segera susulan pendedahan laporan media antarabangsa Bloomberg.

Iklan

Jurucakap kumpulan itu yang diketuai Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dalam agensi kerajaan adalah sangat serius dan mengingatkan rakyat kepada episod hitam skandal 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak hampir sedekad lalu.

Dalam masa itu, media antarabangsa Bloomberg melaporkan, Azam didakwa memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Ia sekali gus pendedahan awam pertama mengenai pegangan saham besar atas namanya sejak kontroversi beberapa tahun lalu berhubung pegangan sahamnya yang mencetuskan protes menuntut beliau meletakkan jawatan.