Neuer tutup rapat pintu kembali ke skuad Jerman

Iklan
Neuer

LEGENDA penjaga gol Jerman dan Bayern Munich, Manuel Neuer sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik balik keputusan persaraannya di peringkat antarabangsa.

Kenyataan itu hadir selepas spekulasi kencang bahawa pemain berusia 39 tahun itu mungkin kembali menyarung jersi Die Mannschaft susulan masalah kecederaan berpanjangan yang menimpa penjaga gol utama semasa, Marc-Andre ter Stegen.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer secara terbuka menyuarakan sokongan agar Neuer kembali beraksi untuk negara, namun idea tersebut ditolak Neuer.

"Kata-kata itu tentunya manis untuk didengar, tetapi beliau (Hainer) tahu keputusan saya dengan sangat baik. Jadi, saya hanya mampu tersenyum sedikit," kata Neuer kepada Bild selepas kejayaan Bayern menewaskan RB Leipzig 2-0 dalam aksi DFB-Pokal pada Rabu.

Iklan

Apabila diasak dengan pertanyaan sama ada keputusannya itu adalah muktamad, Neuer menjawab ringkas:"Ya."

Situasi semasa menyaksikan penjaga gol Hoffenheim, Oliver Baumann kini berada di barisan hadapan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol nombor satu Jerman pada Piala Dunia akan datang.

Iklan

Neuer turut menyuarakan keyakinan penuh terhadap kemampuan penjaga gol berusia 35 tahun itu.

"Dia kini adalah nombor satu dan sedang melakukan tugasnya dengan sangat baik.

"Secara keseluruhannya, dia telah mempamerkan prestasi yang cemerlang, dan saya tentunya mendoakan yang terbaik serta sentiasa menyokongnya," ujarnya.