'Hamzah mungkin tubuh parti baharu' - Chong Fatt Full
Iklan
Hamzah (kiri) berkemungkinan besar bakal menubuhkan parti politik baharu sekiranya Lembaga Disiplin Bersatu nekad memecat beliau.
SPEKULASI kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat oleh Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan sekadar isu dalaman parti.
Lembaga Disiplin Bersatu buat kali kedua telah memanggil Hamzah yang kini berada di luar negara, untuk menghadiri sesi pendengaran dijadualkan Khamis lalu berdasarkan empat aduan berasingan - tiga bertarikh 5 Februari dan satu lagi bertarikh 30 September tahun lepas.