Penebusan SARA lancar setakat ini - Fahmi

Iklan
Fahmi ketika ditemui media pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan Februari di Menara Komunikasi pada Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Proses penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua setakat ini lancar sejak mula dikreditkan pada Isnin lepas, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, setakat ini tiada isu berbangkit termasuk dari segi capaian sistem dan pihak pelaksana, MyKasih telah membuat persediaan rapi.

Iklan
Iklan

"(SARA Untuk Semua) boleh digunakan hingga 31 Disember tahun ini. Alhamdulillah ia bermula tanpa apa-apa masalah. 

"Malah kali ini jumlah produk disediakan juga lebih daripada apa yang terdahulu, termasuk juga barangan sejuk beku. Dan jumlah kedai telah ditambah menjadi 10,000 premis termasuk kedai-kedai runcit. Jadi ini satu berita baik,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini pada Khamis.

Iklan

Fahmi berharap sebarang maklum balas berkaitan pelaksanaan SARA disalurkan segera supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat dengan pantas melalui Kementerian Kewangan (MOF).

"Saya harap rakan-rakan di Kementerian Komunikasi terutama Jabatan Penerangan dan MCMC (Suruhanjaya Multimedia dan Multimedia Malaysia) melalui NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) sampaikan ke peringkat akar umbi.

Iklan

"Sekiranya ada apa-apa, insya-ALLAH kita akan pastikan pihak MOF mendapat maklumat,” katanya.

SARA Untuk Semua mula disalurkan mulai 9 Februair lepas, membabitkan peruntukan RM2.2 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad.

Penerima mendapat RM100 secara sekali beri yang boleh digunakan hingga 31 Disember 2026.

Kerajaan turut menambah baik kemudahan pembelian dengan meluaskan kategori barangan kepada makanan sejuk beku, menjadikan 15 kategori keseluruhannya selain menyasarkan 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun.  - Bernama