30 rumah atas air musnah terbakar

Iklan

SEBANYAK 30 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Jalan Dedaru 11, Kampung Teluk Jawa, Pasir Gudang pada Khamis.

Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 7.04 pagi, sebelum tiga jentera Fire Rescue Tender dan sebuah Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 28 anggota digegaskan ke lokasi.  

Iklan
Iklan

Foto Bernama