KUALA LUMPUR - Malaysia sebagai sebuah negara majmuk tetap berpegang teguh kepada prinsip menjunjung keharmonian, menghormati setiap sensitiviti dan sentiasa bergerak dalam jalur hukum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan berbeza pandangan di negara ini sememangnya dijamin, namun tidak boleh mengatasi kepentingan perpaduan serta kedaulatan undang-undang.