MyTOWN perkenal kempen Irama Perpaduan sempena Tahun Baharu Cina

Iklan
Pusat beli-belah MyTOWN menjemput orang ramai bersama-sama meraikan kegembiraan 'reunion' sempena Tahun Baharu Cina ini melalui pelancaran kempen Irama Perpaduan.

PUSAT beli-belah MyTOWN menjemput orang ramai bersama-sama meraikan kegembiraan 'reunion' sempena Tahun Baharu Cina ini melalui pelancaran kempen Irama Perpaduan.

Program yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan, tradisi yang dikongsi dan kesinambungan itu bermula dari 29 Januari hingga 22 Februari 2026.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Pusat Beli-Belah MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat berkata, sepanjang tempoh kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan dan aktiviti bertemakan makanan, persembahan tarian singa hujung minggu, bengkel perayaan, serta promosi eksklusif di seluruh pusat beli-belah.

Katanya, MyTOWN bekerjasama dengan IKEA bagi kempen Two Stops, More Rewards bagi menambah kemeriahan sambutan dengan menawarkan pengunjung peluang untuk memenangi hadiah harian dan ganjaran bernilai sehingga RM50,000.

Iklan

“Kerjasama kami dengan IKEA membolehkan kami memberikan nilai yang lebih tinggi di kedua-dua destinasi, sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung kerana menjadi sebahagian daripada komuniti MyTOWN.

“Melalui ‘Irama Perpaduan’, kami berharap dapat mencipta detik-detik bermakna yang menyatukan keluarga dan komuniti pada Tahun Baharu Cina ini," katanya.

Iklan
Program berkenaan bermula dari 29 Januari hingga 22 Februari 2026 ini menjemput orang ramai meraikan kegembiran bersama.

Seiring dengan simbolisme perayaan yang melambangkan kemakmuran dan perjalanan lancar, ahli MyTOWNKL boleh menebus barangan eksklusif Tahun Baharu Cina dengan serendah 228 mata ganjaran termasuk ang pow perayaan.

Selain itu, set teh perjalanan boleh ditebus pada 628 mata ganjaran sehingga 22 Februari 2026 sahaja.

Dalam pada itu katanya, di tengah-tengah sambutan itu juga, Central Town telah dihias dengan tema Teahouse Hong Kong, mencipta suasana hangat dan nostalgia dengan bilik tanglung reflektif, sudut interaktif dan pemasangan untuk bergambar yang menarik.

Ujarnya, menambah pengalaman pengunjung, photobooth pop-up Seasons & Smiles di tingkat bawah menawarkan potret berkualiti studio bagi merakam detik bermakna bersama insan tersayang.

"MyTOWN juga telah menayangkan filem jenama terbaharu, sebuah kisah menyentuh hati yang menggambarkan keluarga yang bersatu semula walaupun berbeza-beza.

"Dihasilkan oleh Musang King Group, filem ini menzahirkan inti emosi musim perayaan dan menguatkan tema utama kempen iaitu reuni.

"Antara tarikan perayaan di seluruh pusat beli-belah termasuk tawaran bermusim daripada Jin Ye Ye, GPR Gold Butter Cookies, BrownieMunch, Wonderlab, Canton Boy, Nah Honey, Awesome Snack, Happy2U, dan banyak lagi, masing-masing membawa rasa dan promosi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman Tahun Baharu Cina," katanya.

Dalam usaha memperkayakan kepelbagaian runcit, MyTOWN berbesar hati menyambut beberapa penyewa baharu bulan ini, termasuk jenama barangan rumah Jepun NITORI, pakaian kanak-kanak antarabangsa terkemuka Balabala, pakar beg tempatan Sometime, jenama pakaian sopan tempatan Bayu Somerset dan pengalaman kulinari unik Bakar Thai Bowl di MyGROUND.

Tambahan akan datang termasuk Siti Khadijah, serta jenama terkenal Akemi, antara lain yang sedang dalam perancangan.