Bateriku raih Anugerah Perak Putra Aria Brand Awards 2025

Iklan
Mikhail (tiga dari kanan) dan warga Bateriku bergambar bersama piala setelah menerima Anugerah Perak Putra Aria Brands Awards 2025 baru-baru ini.

BATERIKU meraih Anugerah Perak di Putra Aria Brand Awards 2025 bagi kategori Usaha Pemasaran Terbaik Pelincir dan Alat Ganti Kenderaan.

Pencapaian tersebut merupakan satu lagi detik penting dalam perjalanan jenama Bateriku, selepas memenangi Anugerah Gangsa pada tahun 2024.

Iklan
Iklan

Ketua Pemasaran Bateriku, Mikhail Faizi berkata, kejayaan tersebut mencerminkan pertumbuhan berterusan Bateriku sebagai jenama automotif yang dipercayai dan keberkesanan strategi pemasaran serta kualiti perkhidmatan yang konsisten di seluruh negara.

"Bateriku melakar satu lagi pencapaian apabila berjaya meraih Anugerah Perak di Putra Aria Brand Awards. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada kepercayaan pelanggan, sokongan rakan industri dan komitmen pasukan Bateriku yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik.

Iklan

"Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan ini. Ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan," katanya di sini pada Khamis.

Mikhail berkata, kejayaan mencapai anugerah tersebut didorong oleh kerjasama erat menyeluruh pasukan Bateriku.

Iklan

Katanya lagi, ia termasuk pasukan pemasaran yang merangka strategi dan komunikasi jenama dan peranan pasukan operasi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

"Selain itu pengurus dan eksekutif negeri yang memimpin pelaksanaan di peringkat tempatan selain pegawai pitstop yang berinteraksi secara langsung dengan pelanggan menerusi kempen dalam talian dan luar talian.

"Ia termasuk aktiviti penglibatan pelanggan seperti program Mystery Box di seluruh negara turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran jenama dan kepercayaan pengguna," ujarnya.

Tambahnya lagi, Putra Aria Brand Awards dianjur oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini dan ia diadakan untuk mengiktiraf kecemerlangan penjenamaan merentas pelbagai industri di Malaysia.

Ujarnya lagi, berbeza dengan kebanyakan anugerah lain, Putra Aria Brand Awards diukur berdasarkan pertumbuhan keutamaan dan kepercayaan pengguna.

"Ia sekali gus menjadikan pengiktirafan diraih Bateriku lebih bermakna kerana ia mencerminkan penerimaan sebenar pasaran terhadap sesuatu jenama," katanya.