Reformasi Peguam Negara, pendakwa raya
Iklan
Pengasingan AG-PP penting untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Foto hiasan
DARIPADA empat reformasi institusi yang diumumkan oleh PMX pada awal tahun ini, impak yang paling besar akan datang daripada pengasingan jawatan Peguam Negara (AG) dan pendakwa raya (PP) yang selama ini dipegang oleh orang yang sama.
Pengasingan AG-PP penting untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan rasuah dengan menjadi penawar kepada gejala ‘dua darjat’ yang memarahkan begitu ramai rakyat Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Kesalahan yang sama dilakukan, ada orang kena hukum, ada orang dilepaskan begitu saja.