Salah lebih terbuka tinggalkan Liverpool

Iklan
Mohamed Salah

TEKA-TEKI mengenai masa depan bintang Liverpool, Mohamed Salah kini memasuki fasa baharu apabila ejennya dilaporkan telah memulakan rundingan rasmi dengan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad.

Perkembangan mutakhir ini hadir selepas pemain berusia 33 tahun itu dikatakan telah memberi 'lampu hijau' kepada wakilnya untuk menguruskan perpindahan lumayan ke Timur Tengah tersebut.

Iklan
Iklan

Salah sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah Al-Ittihad pernah mengemukakan bidaan sensasi berbilai ratusan juta pada tahun 2023.

Liverpool bagaimanapun menolak tawaran tersebut dan berjaya memujuk Salah menandatangani kontrak baharu sehingga 2027.

Iklan

Namun, perselisihan faham yang berlaku dengan pengendali pasukan, Arne Slot pada awal musim ini telah menyebabkan masa depannya di Anfield kembali menjadi tanda tanya.

Difahamkan, Salah kini jauh lebih terbuka untuk menyertai Al-Ittihad berbanding situasinya 12 bulan lalu.

Iklan

Juara Saudi itu kini mempunyai ruang kewangan yang kukuh selepas berpisah dengan Karim Benzema dalam satu perpindahan kontroversi, selain telah menjual N'Golo Kante pada Januari lalu.

Kontrak bekas pemain Liverpool, Fabinho pula bakal tamat pada Jun ini, manakala Moussa Diaby turut dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah, sekali gus mengosongkan posisi sayap kanan yang menjadi 'makanan' Salah.

Musim ini menyaksikan prestasi Salah sedikit merosot apabila hanya meledak enam gol, rekod terendahnya sejak berhijrah ke Merseyside pada 2017.