RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat

Iklan
Arthur Joseph Kurup

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)  2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dilakukan pada persidangan kali ini.

Iklan
Iklan

RUU bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] itu bertujuan meminda Seksyen 1 akta berkenaan dengan memasukkan subseksyen (3) baharu untuk memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

Rang undang-undang itu tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan