'Hospital kecoh gara-gara bayi 5kg'

Iklan
Bayi seberat hampir 5kg lahir di sebuah hospital swasta di Melaka pada Rabu.

MELAKA - Seorang bayi lelaki dengan berat mencecah 4.91 kilogram dilahirkan di sebuah hospital swasta di sini pada Rabu.

Anak ketiga kepada pasangan Nor Irfan Azizi Nordin, 36, dan Nur Hafizah Othman, 35, itu lahir menerusi kaedah pembedahan pada jam 9.16 pagi.

Iklan
Iklan

Nor Irfan berkata, mereka sekeluarga sudah menjangkakan cahaya mata ketiga itu akan lahir dengan berat melebihi 4 kilogram susulan anak pertama dilahirkan seberat 4.5 kilogram dan anak kedua 4.2 kilogram.

“Kami ingat bayi ketiga ini dalam lingkungan itu sahaja, namun terkejut apabila dimaklumkan berat sebenar hampir mencecah 5 kilogram.

Iklan

“Suasana di bilik pembedahan tadi bertukar kecoh apabila petugas teruja hendak melihat anak kami kerana beratnya luar biasa mencecah 4.91 kilogram,” katanya pada Rabu.

Nor Irfan berkata, mereka sekeluarga sudah menjangkakan cahaya mata ketiga itu akan lahir dengan berat melebihi 4 kilogram susulan anak pertama dilahirkan seberat 4.5 kilogram dan anak kedua 4.2 kilogram.

Iklan

Katanya, dia dan isteri masih terkejut dan teruja dengan berat bayi mereka, namun bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Beliau memaklumkan belum memutuskan nama untuk bayi tersebut, namun merancang meletakkan ‘Noah’ sebagai nama pertama, sama seperti abang-abangnya.

Untuk rekod, seorang bayi lelaki pernah dilahirkan seberat 5.6 kilogram pada 2006 di Kuala Lumpur, manakala bayi perempuan seberat 4.8 kilogram dilahirkan di Ipoh, Perak pada 2024.