Dua anggota AADK direman disyaki minta, terima rasuah RM2,000

Iklan
SPRM Kedah menahan reman dua anggota AADK negeri atas tuduhan rasuah RM2,000 pada tahun lepas

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 pada tahun lepas.

Perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap dua suspek wanita itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas membenarkan permohonan SPRM di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini pagi Selasa.

Iklan
Iklan

Permohonan dibuat di hospital kerana seorang daripada suspek difahamkan mengalami masalah kesihatan.

Menurut sumber, dua suspek berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang Isnin lepas, semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Iklan

"Siasatan awal mempercayai dua suspek itu bersubahat menerima wang tunai kira-kira RM2,000 pada tahun lepas daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes ujian saringan air kencing positif dadah,” katanya.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Iklan