Tauke nasi kandar pun elak makan roti canai
Iklan
Roti canai yang dulu hampir setiap pagi dimakan, sekarang jarang sekali. Foto hiasan
SETELAH agak lama tak makan nasi kandar, semalam saya bersama seorang teman ke port biasa untuk menikmati menu kegemaran nasi kandar kuah campur, ayam bawang bahagian paha, telur masin, cili hijau dan teh ais.
Ketika sedang khusyuk menikmati hidangan, ternampak kelibat tauke nasi kandar lantas kami menyapa beliau untuk duduk semeja.