Foodpanda, KWSP bantu 400 rakan penghantar di Sarawak rancang persaraan

Iklan
Sebahagian penghantar menyertai program From Ride to Retire hasil kerjasama Foodpanda Malaysia dan KWSP.

SERAMAI 400 rakan penghantar Foodpanda di Sarawak menerima manfaat pendidikan kewangan dan perancangan persaraan menerusi program From Ride to Retire hasil kerjasama Foodpanda Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Inisiatif di bawah program kebajikan rakan penghantar, panda hearts itu memperluaskan pendidikan persaraan dan kewangan berstruktur kepada rakan penghantar berprestasi tinggi di beberapa lokasi di seluruh Sarawak.

Iklan
Iklan

Pengarah Operasi Foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata, rakan penghantar merupakan komponen penting dalam ekosistem syarikat dan kebajikan mereka perlu diberi perhatian bukan sahaja untuk masa kini, malah jangka panjang.

Menurutnya, program berkenaan mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan rakan penghantar di seluruh negara mendapat sokongan seimbang, bukan sekadar melalui peluang pendapatan, tetapi juga membina keyakinan kewangan.

Iklan

"Program From Ride to Retire menjadikan kesiapsiagaan kewangan jangka panjang lebih mudah dicapai serta relevan dengan realiti harian rakan penghantar.

"Kami berharap 400 rakan penghantar ini akan menjadi contoh kepada rakan lain untuk turut membuat caruman sukarela sekali gus meningkatkan keselamatan persaraan masing-masing,” katanya.

Iklan

Terdahulu, pelancaran program khas pertama seumpamanya di Sarawak itu disempurnakan menerusi majlis menandatangani perjanjian antara KWSP Wilayah Sarawak dan foodpanda di Ibu Pejabat KWSP Kuching.

Program dibangunkan menerusi kerjasama berterusan dengan KWSP Wilayah Sarawak turut membawakan khidmat nasihat pakar berkaitan simpanan dan pengurusan kekayaan secara terus kepada rakan penghantar di negeri itu buat kali pertama.

Pengarah KWSP Wilayah Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz berkata, pekerja gig merupakan segmen penting dalam usaha KWSP memperluas akses kepada simpanan persaraan.

Justeru, beliau berkata, KWSP menggalakkan penghantar memulakan simpanan persaraan secara berstruktur melalui i-Saraan bagi membina jaminan kewangan pada masa depan.

Tambah Aminuddin, program From Ride to Retire membolehkan pegawai wilayah bertemu penunggang secara bersemuka di seluruh Sarawak, berkongsi panduan praktikal perancangan persaraan dan membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

“Walaupun simpanan kecil, ia tetap memberi perbezaan. Memulakan lebih awal dan mencarum secara konsisten boleh membantu mereka membina persaraan yang lebih terjamin dalam jangka panjang," ujarnya lagi.

Selain perancangan kewangan, program tersebut turut menjadi platform interaksi antara foodpanda dan rakan penghantar melalui aktiviti jaringan, taklimat serta penghargaan, khususnya di lokasi yang sebelum ini mempunyai keterbatasan interaksi fizikal.

Foodpanda turut merancang memperluaskan program berkenaan ke Sabah dan lebih banyak bandar di Malaysia Timur dalam masa terdekat.