Dua suspek ragut rantai bersenjata parang diburu polis

Iklan
Tangkap layar video CCTV dua suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal

NILAI – Polis sedang memburu dua lelaki tempatan yang disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di sini pada Isnin.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek dilihat masuk ke dalam premis dengan memakai topi keledar sebelum meragut rantai leher seorang wanita dan menyerang seorang lagi wanita.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.49 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.10 petang itu melibatkan dua lelaki yang disyaki warga tempatan.

Iklan

“Suspek datang ke premis dengan memakai topi keledar dan bersenjatakan parang, sebelum bertindak mengugut serta meragut rantai emas milik mangsa dan melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tangkap layar video CCTV suspek meragut rantai leher mangsa

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama orang awam amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.