Syarikat pembekal diesel didenda RM45,000

Iklan
Mahkamah Sesyen Ipoh mengenakan denda RM45,000 kepada sebuah syarikat pembekal diesel atas kesalahan menjual diesel kepada pembeli yang tidak mempunyai permit sah, tiga tahun lalu.

IPOH - Sebuah syarikat pembekal diesel didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas kesalahan menjual diesel kepada pembeli yang tidak mempunyai permit sah tiga tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap orang kena saman (OKS), Tan Chia Shern, 33, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Chia Shern sebagai pengarah syarikat didakwa menjual diesel sebanyak 16,380 liter kepada sebuah syarikat yang mana pembeli berkenaan tidak mempunyai permit atau kelulusan bertulis yang sah oleh Pengawal Bekalan Malaysia.

Kesalahan itu dilakukan di premis GCCP Marble Sdn Bhd di Keramat Pulai Industrial Park, Mukim Sungai Raya, Ipoh dalam daerah Kinta antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 15 Ogos 2023.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin dan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, N Shamani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS serta amaran kepada pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Iklan

OKS yang diwakili Peguam, Robin Lim Fang Say memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang rendah mengambil kira pengakuan bersalah dibuat telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.