Tualang dan harga sebuah jalan
Iklan
Tualang tua berusia lebih 120 tahun terletak di laluan Gua Musang–Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Bayu akhirnya ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya LTU.
ORANG Kelantan khabarnya memang kenal pokok ini. Sebatang tualang tua berusia lebih 120 tahun. Ia terletak di laluan Gua Musang–Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Bayu. Tingginya sekitar 60 meter. Cukup untuk jadi penanda jalan, cukup juga untuk jadi bahan cerita.
Cerita tentangnya bukan satu dua. Selain kemalangan maut, ada kisah mistik dan penunggu. Yang paling kerap diulang dalam seminggu ini, pokok ini sukar ditebang.