Lelaki ditahan disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh ketika seminar SPM

Iklan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menghadiri seminar SPM di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia pertengahan 20-an itu telah ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Sri Petaling di sini hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Rosdi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Iklan
Iklan

"Suspek telah direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.