Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks

Iklan
Media sosial X sedang mengalami gangguan besar, menurut perkhidmatan pemantauan Internet antarabangsa NetBlocks. Foto hiasan

MOSCOW - Media sosial X sedang mengalami gangguan besar, menurut perkhidmatan pemantauan Internet antarabangsa NetBlocks, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Platform media sosial X (dahulunya Twitter) kini mengalami gangguan di peringkat antarabangsa,” menurut perkhidmatan itu.

Iklan
Iklan

NetBlocks memaklumkan yang gangguan berlaku ketika berlangsungnya Super Bowl, perlawanan akhir Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Amerika Syarikat.

Dilaporkan juga bahawa gangguan itu tidak berkaitan dengan gangguan Internet di sesebuah negara tertentu atau disebabkan oleh rangkaian sosial tersebut disekat di mana-mana negara khusus.

Iklan

X Corp ialah sebuah syarikat Amerika yang diasaskan oleh Elon Musk bagi memperoleh Twitter Inc. Penjenamaan semula kemudiannya dilakukan dengan logo dan nama Twitter ditukar kepada X. -Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

Iklan