MELAKA - Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (Tourism Melaka), Nasrul Ahmad menunjukkan 'Melaka Tourism Passport' yang diperkenalkan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) dan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), ketika ditemu bual Bernama di sini hari ini.
'Melaka Tourism Passport' menawarkan penjimatan sehingga RM268 melibatkan 63 produk pelancongan di negeri itu.
Penjimatan itu diberikan menerusi diskaun sehingga 80 peratus dan pelbagai pakej pelancongan menarik serta harga istimewa bagi tiket masuk ke destinasi pelancongan yang mengambil bahagian dalam inisiatif itu dengan hanya membeli pasport berkenaan pada harga RM5. - Foto Bernama