Dua mayat dipercayai pasangan kekasih ditemui mereput dalam rumah sewa

Iklan
Polis menemui dua mayat dalam sebuah rumah di U13, Shah Alam pada Ahad. Foto: Polis

SHAH ALAM - Mayat dipercayai pasangan kekasih yang sudah reput ditemui di sebuah rumah sewa di U13 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, laporan diterima pihaknya daripada seorang lelaki yang juga salah seorang ahli keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 39 tahun iaitu seorang lelaki dan wanita dijumpai berada dalam sebuah bilik di tingkat bawah.

"Siasatan awal polis bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati keadaan rumah tersebut bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

Iklan

"Keadaan di dalam rumah sewa terbabit teratur dan tiada unsur unsur kejadian jenayah berlaku," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua mangsa.

Iklan

Tambahnya, kedua-dua mayat yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

"Setakat ini siasatan dibuka di bawah mati mengejut (SDR) dan kertas siasatan akan diambilalih oleh Ketua Polis Balai Seksyen 6 Shah Alam," ujarnya.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355.