Tiada retak Presiden dan Mursyidul Am Pas
Iklan
Tuan Ibrahim
KETIKA pentas politik Malaysia semakin dinamik dan sarat dengan spekulasi, Pas tampil dengan pendirian tegas mengambil alih jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagi Pas, jawatan pengerusi PN bukan sekadar simbol kuasa atau laluan automatik ke Putrajaya, sebaliknya amanah penting untuk memperkemas struktur gabungan dan memastikan pembangkang bergerak seiring dengan kepentingan rakyat.