Misi terbesar manusia
Iklan
NASA juga memulakan tiga projek mega iaitu Urban Development Application Project pada 1970, New York City Application Project (1972) dan NSF Urban Technology System Experiment pada 1973.
‘TEKNIK yang kita guna untuk hantar manusia ke bulan akan menjadi teknik sama yang diperlukan untuk ‘membersihkan’ bandar-bandar kita’ ~ Herbert Humphrey, Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), 1968.
Kata-kata Herbert menjadi kunci harapan bagi penghuni bandar utama AS yang sentiasa meraung. Bukan semata-mata isu kekotoran, mereka sebenarnya terpaksa berjuang dengan kadar jenayah kian meningkat, kemiskinan bandar yang teruk dan penyalahgunaan dadah yang berleluasa. Perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan juga terus merosot.