JOHOR BAHRU - Seramai 117 individu sudah didakwa di mahkamah seluruh negeri ini sepanjang tempoh dua minggu ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua tangkapan dari 18 Mac hingga semalam itu didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).