Penahanan sebelum himpunan aman tidak ikut proses undang-undang - PPMM

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung tahanan ke atas individu yang menyertai Himpunan GARAH di ibu kota pada Sabtu.

SHAH ALAM - Penahanan peguam dan aktivis yang hendak menyertai perhimpunan aman pada waktu sebelum berlakunya sebarang himpunan aman secara nyata tidak mengikut proses undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, pihak polis juga gagal menyatakan dan menjelaskan sebab penahanan kepada mereka yang dilakukan secara mendadak dan melulu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak mereka kesal dan mengecam tindakan pihak berkuasa menangkap serta menahan peguam dan aktivis yang hendak menyertai perhimpunan aman tersebut.

"Hak berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan;

Iklan

"Penahanan terhadap peguam dan aktivis yang melaksanakan hak mereka secara sah adalah suatu bentuk pencabulan terhadap prinsip demokrasi, kebebasan sivil, dan kedaulatan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, tindakan polis itu jelas menimbulkan kebimbangan serius terhadap budaya demokrasi dan memberi kesan buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa melalui tindakan tidak mengikut dan bertentangan norma prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

Iklan

Justeru, beliau menegaskan, semua individu yang ditahan perlu segera dibebaskan tanpa syarat.

Tambahnya, polis dan pihak berkuasa turut dituntut menghormati hak asasi rakyat serta mengamalkan pendekatan yang selaras dengan prinsip keadilan, hak asasi manusia dan standard antarabangsa.

Muhamad Hisham berkata, kerajaan perlu memastikan dan menjamin institusi penguatkuasaan tidak digunakan sebagai alat untuk menekan suara rakyat yang sah.

Selain itu katanya, PPMM menuntut penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang menyalahtafsir dan mengelirukan orang awam dengan membangkitkan isu perkauman, agama dan kepentingan politik.

"PPMM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan bantuan guaman kepada mana-mana peguam atau aktivis yang menjadi mangsa penindasan dan pencabulan kedaulatan undang-undang," ujarnya lagi.

Tegasnya, suara rakyat tidak boleh dibungkam dan hak berhimpun secara aman mesti dipertahankan sebagai asas kepada demokrasi yang matang dan berfungsi.