Letupan kecil dikesan ketika operasi padam kebakaran ladang PPNJ

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran tanah gambut di Batu 13/14, Air Itam, Muar. Foto: JBPM Johor

MUAR – Satu insiden letupan kecil dikesan berlaku dalam operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di ladang milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13/14, Air Hitam di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, letupan tersebut berlaku di Sektor D kawasan kebakaran ketika operasi memadam kebakaran memasuki hari kelapan.

Iklan
Iklan

“Letupan itu dipercayai berpunca daripada kebakaran tanah gambut yang masih aktif di bawah permukaan tanah.

“Untuk rekod, satu kejadian letupan turut dilaporkan di sektor yang sama pada 3 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, siasatan terperinci di lokasi kejadian berdepan kesukaran berikutan asap tebal serta struktur tanah gambut yang longgar dan tidak stabil, sekali gus mengehadkan akses ke kawasan terlibat.

Keadaan ladang tanah gambut di ladang milik PPNJ di Batu 13/14, Air Itam Batu 13/14, Air Hitam. Foto: JBPM Johor

Iklan

“Demi keselamatan anggota dan orang awam, Sektor D telah ditutup sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagaimanapun, operasi pemadaman kebakaran tetap diteruskan menggunakan kaedah pemadaman udara (water bombing) dengan bantuan helikopter bagi meminimumkan risiko kepada petugas di lapangan,” ujarnya.

Pada Jumaat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan mula menggunakan teknik pengeboman air menerusi helikopter bagi mengawal kebakaran kawasan tanah gambut di Batu 13 dan 14, Bakri, di sini.

Ketua Zon 4 JBPM Johor, Norshuhada Amsari berkata, operasi pengeboman air pada hari ketujuh kebakaran di kawasan itu bermula kira-kira jam 9 pagi dengan memfokuskan Sektor D, iaitu kawasan kebakaran terbesar dengan keluasan dianggarkan 88 hektar.