Enam planet 'berbaris' di langit pada 28 Februari ini

Iklan
Enam planet iaitu Utarid, Zuhrah, Neptun, Zuhal, Uranus dan Musytari bakal berada sejajar pada 28 Februari.

FENOMENA cakerawala menakjubkan akan berlaku sekali lagi pada akhir bulan ini.

Enam planet iaitu Utarid, Zuhrah, Neptun, Zuhal, Uranus dan Musytari bakal berada sejajar atau digelar sebagai 'planet parade' pada 28 Februari ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, 'penjajaran planet' melibatkan Marikh, Musytari, Uranus, Neptun, Zuhrah dan Zuhal juga pernah berlaku pada awal 2025.

Namun, hanya empat daripadanya yang kelihatan.

Iklan

"Pada kali ini, kita akan melihat fenomena jarang berlaku itu sejurus matahari terbenam," kata Alyssa Lee menerusi blog Watch the Skies di bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Difahamkan, empat daripadanya yang berada pada jarak dekat dengan matahari dijangka dapat disaksikan dalam tempoh singkat jika cuaca berada dalam keadaan baik.

Iklan

Zuhrah dan Utarid paling dekat dengan ufuk semasa senja diikuti oleh Zuhal dan Neptun dengan Uranus serta Musytari berada jauh lebih tinggi di langit.

Untuk menyaksikan lebih daripada tiga planet pada ketika itu mungkin akan menjadi satu cabaran. - Agensi