Sekampung terputus elektrik 10 jam angkara 'babi terbang'

Iklan
Klip video memaparkan insiden itu turut menjadi tular.

CHENGDU - Sebuah perkampungan terputus bekalan elektrik selama 10 jam, gara-gara 'babi terbang' yang tersangkut pada talian voltan tinggi.

Kejadian itu berlaku di daerah Tongjiang, Sichuan di China pada 24 Januari lalu apabila seorang petani mahu mengangkut babi ternakannya menggunakan dron dari kawasan pergunungan.

Iklan
Iklan

Dia terpaksa mencuba kaedah tidak konvensional itu dan turut menyalahkan keadaan gelap hingga menyebabkan tali yang dipasang pada dron tergantung.

Seramai 12 pekerja teknikal jabatan bekalan kuasa tempatan terpaksa dikerahkan ke lokasi kejadian dan kos pembaikan dilaporkan mencecah kira-kira 10,000 yuan (RM5,700).

Iklan

Menerusi video tular, dua lelaki dilihat memasang dron bersaiz agak kecil pada seekor babi sebelum ia diterbangkan.

Klip itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi warganet malah ada yang terhibur kerana akhirnya dapat menyaksikan 'babi terbang'. - Agensi

Iklan