Ketua Muda Kluang sertai UMNO hasil kejayaan Rumah Bangsa - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid berucap semasa program 'Road To Ramadan' Negeri Sembilan di Masjid Kariah Pantai, pada Sabtu.
SEREMBAN - Kemasukan Ketua Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kluang, Shikh Mohd Farkhann bersama kira-kira 100 ahlinya ke dalam UMNO membuktikan kejayaan penubuhan inisiatif 'Rumah Bangsa'.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhannya bukan saja bertujuan menarik kembali bekas ahli parti itu, malah turut memberi ruang kepada individu yang berminat untuk menyertai UMNO.
Iklan
Iklan
"Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO lalu, saya telah menghamparkan cadangan supaya Rumah Bangsa ini diwujudkan.
"Hasil daripada itulah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjadi pengerusinya dan beliau telah berusaha untuk menarik mereka yang telah meninggalkan UMNO, mereka yang berhasrat untuk menyertai UMNO atau pun mereka yang tertarik dengan UMNO untuk bersahabat dalam rumah besar ini.
Iklan
"Jadi, Ini adalah di antara usaha yang telah memperlihatkan kejayaan pertama," katanya ditemui pemberita sempena program 'Road To Ramadan' Negeri Sembilan di Masjid Kariah Pantai, di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan, keputusan Shikh Mohd tersebut dibuat selepas menilai secara menyeluruh kedudukan dan hala tuju Muda yang disifatkan semakin tidak jelas serta sukar bergerak secara bersendirian dalam landskap politik semasa.
Iklan
"Secara langsung terkuburlah Parti Muda di Kluang secara keseluruhan. Dalam keadaan sekarang, Muda berdepan cabaran besar untuk berdiri sendiri.
"Persepsi pengundi, khususnya golongan muda, semakin negatif apabila Muda dilihat tiada pendirian dan hala tuju yang konsisten,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.